Masih dalam tempoh berehat, Namun Nad Zainal dan Ungku Ismail mahu umumkan khabar gembira buat peminat teruja.

Masih dalam tempoh berehat, pelakon Nad Zainal memaklumkan dia bakal membuka ruang ulasan atau reviu produk bagi membantu peniaga kecil bersama teman rapatnya, Ungku Ismail Aziz.

Bagaimanapun, Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, menjelaskan ulasan yang bakal dilakukan itu juga seharusnya bersesuaian dengan Ungku Ismail yang juga seorang pelakon.

“Selepas ini saya akan mengekalkan waktu sebegini untuk ‘live’ bersama-sama. Kepada anda yang ingin menggunakan ‘paid review’ juga boleh menghantar mesej secara peribadi di Instagram saya.

“Harga mampu milik dan sehingga pengasas produk berpuas hati. Itu janji saya! Dan sekiranya anda ingin menggunakan ‘paid review’ kombo, boleh berbuat demikian.

“Namun produk itu harus bersesuaian dengan Ungku Ismail juga. Kalau ‘review’ baju perempuan, takkan dia nak pakai baju perempuan pula kan? Jadi kami ada juga ‘paid review’ berdua.

“Mungkin lebih ke arah makanan, harga pun berpatutan kerana inistiatif ini bagi membantu peniaga-peniaga kecil,” katanya.

Terdahulu, Nad dimasukkan ke Hopsital Pakar KPJ Ampang Puteri, di sini, sejak 20 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Sepanjang pelakon drama Cina Buta itu di hospital, Ungku menjadi orang paling rapat yang berkongsi mengenai perkembangan aktres itu.

Malah, Ungku juga melancarkan tabung kecemasan bagi mengumpul sumbangan buat Nad bagi menampung kos rawatan sejak aktres itu dirawat di ICU.

Nad Zainal Hargai Pengorbanan Ungku Ismail – “Dia Individu Paling Rapat …”

Pelakon Nad Zainal menghargai pengorbanan dan segala usaha yang dicurahkan Ungku Ismail sepanjang tempoh sebulan menerima rawatan akibat pendarahan paru-paru.

Jelas Nad dalam sesi siaran langsung TikTok pada Sabtu, Ungku Ismail antara individu paling banyak membantu dan menjawab segala spekulasi melibatkan dirinya.

“Pada waktu ini, dia individu yang rapat dengan saya. Saya sangat menghargai insan bernama Ungku Ismail Aziz.

“Dia banyak membantu beri semangat dan menjawab segala spekulasi. Itu sajalah. Saya tak nak jawab lagi,” katanya.

Bagi Nad, Ungku Ismail adalah insan terbaik untuk menjelaskan situasi sebenar kepada orang ramai memandangkan kedua-dua ibu bapanya melalui fasa yang tertekan.

“Waktu itu waktu genting, papa mama pun diasak pelbagai soalan dari semua pihak mengenai status kesihatan saya. Keadaan itu sangat stress.

“Untuk penjelasan lebih tepat pada waktu itu, rasanya Ungku Ismail dapat menjelaskan keadaan itu lebih terperinci. Pada waktu itu pun, papa ada memberikan laluan untuk menjawab persoalan yang timbul.

“Saya rasa tiada masalah untuk cuba Ungku Ismail tampil ke depan dan menjelaskan tentang situasi yang berlaku.

“Saya tak pernah ada masalah kalau Ungku Ismail kedepan. Untuk info lebih lanjut saya rasa tak perlu tahu lebih-lebih sebab saya pun tak bersedia untuk kongsikan apa-apa.

“Cumanya saya gembira, keberadaan dia dapat menjelaskan keadaan saya yang waktu itu tak berupaya untuk bercakap. Keluarga saya pun stress.

“Jadi, saya nak ucapkan terima kasih kat you. Bila berlaku keadaan begini, ada masanya perlu berhenti keadaan saya dah.

“Sebab papa mama tak nak orang terus berspekulasi dan memandai-mandai berspekulasi. Ada kata saya tenat dan macam-macam lagi,” ceritanya.

Dalam pada itu, Nad memohon orang ramai agar menitipkan doa yang baik-baik dan menghentikan spekulasi yang tidak berasas.

Nad dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Kuala Lumpur, sejak 20 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Sumber : Gempak

Nad Zainal dan Ungku Ismail mahu umumkan khabar gembira buat peminat teruja.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!