Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Akhirnya Ira Kazar Bertemu Dengan Ibu mertua tiri! Tahniahlah, Ini keputusan yg diambil..


Sejak kebelakangan ini, kontroversi mengenai rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana dan pengarah filem, Syamsul Yusof menjadi bualan hangat apabila didakwa sudah berkahwin dengan Ira Kaza.

Sebelum ini, Puteri Sarah mendakwa bahawa suaminya itu telah berkahwin dengan Ira Kaza namun tiada majlis diadakan ibarat perkahwinan ‘cowboy’.

Sehubungan itu, Sarah meminta Syamsul untuk mengaku jujur dengan orang ramai supaya tidak menimbulkan fitnah tentang hubungannya dengan anak kepada pelakon senior Kazar Saisi, Ira Kaza.

Namun begitu, kenyataan Sarah tersebut dikatakan menimbulkan ketidakpuasan hati segelintir pihak.

Susulan itu, Sarah bertindak memuat naik satu hantaran menerusi Instagram Storiesnya (IGS) baru-baru ini mendakwa bahawa suaminya itu telah bernikah dengan Ira Kaza di Thailand.

“Ramai tanya Sarah pasal ini. Dan ada juga tak puas hati. Sebagai isteri, memang wajib taat suami tapi kita suka ke tiba-tiba tau kahwin dekat Thailand?

“Pastu tak mengaku? By the way, nak saman JAWI tu dah betul-betul sure ke? Jangan terbalik pulak jadinya. Sis tanya je.

“Nak sambung makan popcorn. Kat Disneyland ni popcorn sedap,” tulis Sarah. Puteri Sarah Liyana, 37, mungkin akan mempertimbangkan sekiranya orang ketiga yang didakwa mengganggu rumah tangganya dengan pengarah, Syamsul Yusof tampil dengan cara baik dengan mohon maaf dan minta izin untuk menjadi isteri nombor dua.

Ulasan penuh dibawa dari channel kokoci tv.

“Jika awal-awal dia (orang ketiga) berbuat sedemikian, saya mungkin marah, tetapi akan juga mempertimbangkan.

“Tetapi, dia pula awal-awal mendera mental dan emosi, kemudiannya menyerang ibu mentua saya. Apabila ibu mentua menyekatnya, dia kacau pula adik-adik Syamsul. Apa benda?,” katanya.

Puteri Sarah menjawab soalan diutarakan oleh pelakon, Nad Zainal menerusi sesi Instagram (IG) Live, beberapa jam lalu.

Sesi IG Live itu dipercayai bagi memberi semangat kepada Puteri Sarah yang memfailkan tindakan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita dikenali sebagai Ira Kazar yang didakwa kekasih suaminya.

Menerusi sesi IG Live sekitar 24 minit itu, Puteri Sarah dalam perjalanan pulang dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut menjelaskan tujuannya mengambil tindakan undang-undang.

Sekarang, orang mempertikaikan tindakan saya nak saman. Tujuan saya, bukan nak ambil suami semula, itu mungkin berlaku empat tahun lalu. “Apa yang dilakukan demi menuntut hak saya dan anak-anak. Sekarang, saya hanya fikir anak-anak sahaja.

“Saya buat dua tuntutan iaitu mengganggu ketenteraman saya sebagai kes civil. Saya laporkan kepada JAWI dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana gangguan rumah tangga dan dikategorikan sebagai jenyah.

“Saya harap semua orang doakan perkara ini jatuh sebagai kes jenayah,” katanya lagi. Puteri Sarah berkata, dia mahukan keadilan atas setiap kesusahan yang dihadapi sejak empat tahun lalu.

“Jujurnya, saya nak buat macam-macam apabila perkara ini berlaku, empat tahun lalu. “Namun, masa itu, saya masih mahu menjaga aib suami dan keluarga. Disebabkan itu, saya bertahan selama empat tahun.

“Ketika itu, saya fikir selagi boleh tahan, saya akan bertahan. Namun, lama kelamaan mental saya pula asyik dikacau, jadi, cukup-cukuplah. Saya sudah penat.

“Sepatutnya, saya hentam dan ganyang orang ketiga kerana ambil suami saya. Ini tidak, saya hanya berdiam diri. “Tetapi, dia pula ganggu saya seolah-olah saya rampas suaminya. Ini sudah terbalik,” katanya.

Puteri Sarah berkata, dia mempunyai rakan yang menjadi isteri kedua. “Saya tengok rakan saya hormat isteri pertama, tak pernah kacau dan duduk diam sahaja. Itulah sepatutnya yang berlaku,” katanya.

Sumber : ohbulan dan yt kokoci tv