“Kau bkan mngsa, kau nak drama perhatian je” – Sarah, kakak lra ‘backup’ adik ke tu?
“Kalau boleh berdamailah…” itulah harapan dan komen pelakon Kazar kepada Astro Gempak buat pertama kali berhubung masalah anaknya, Ira Kazar yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana dan pengarah Syamsul Yusof.
Kazar atau nama lengkapnya Kazaruddin Saisi, 63, diminta mengulas mengenai isu tersebut selepas mendiamkan diri setelah sekian lama.
Pun begitu, Kazar memberitahu dia enggan mengulas lanjut kerana kes itu masih berjalan di mahkamah.
“Tak tahu lah, tak nak komen apa kerana masih dalam proses di mahkamah. Lagipun ini bukan hal saya.
“Ini kerja Allah kita tak boleh kata apa, semua pun kena tanya Dia “Saya harap kalau boleh berdamailah…Bukan masalah besar sangat,” ulasnya pendek. Kazar ditemui ketika Anugerah Seri Angkasa 2022 yanh berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya malam tadi.
Kazar hadir selepas tercalon dalam kategori Anugerah Pelakon Komedi TV Terbaik. Namun kecundang selepas Nurkhiriah dinobatkan sebagai pemenang.
Sementara itu, Kazar sempat berpesan agar netizen tidak terlalu kasar dalam melontarkan kecaman terhadap anaknya. “Saya nasihat pada netizen jangan terlalu kasar sangat. Komen yang baik-baik, ini semua kerja Tuhan.
“Ira pula kami satu keluarga menyokong dan sentiasa berada disisinya,” tambahnya. Pada 30 Jun lalu, Puteri Sarah memfailkan saman terhadap Ira yang didakwa mengganggu rumah tangganya sejak empat tahun lepas.
Malah, pelakon itu juga mendapatkan perintah interim injuksi kepada pihak defendan berhenti meluah atau menyebarkan sebarang gangguan dalam media sosial Sehubungan itu, Puteri Sarah juga ada memuatnaik “Story”.
Pada akhir Julai, Pengarah Jawi, Datuk Mohd. Ajib Ismail mengesahkan Ira Kazar hadir memberi keterangan berhubung gangguan orang ketiga dalam rumah tangga membabitkan Sarah dan Syamsul.
Ira disiasat berdasarkan Seksyen 38 Akta Ksalahan Jenyah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997Terdahulu, pergolakan rumah tangga antara Puteri Sarah dengan Syamsul berlarutan sejak empat tahun lalu selain dia mengesahkan mereka tidak lagi tinggal sebumbung gara-gara gangguan orang ketiga.
Beberapa ciapan dari akaun Twitter milik kakak kepada isteri kedua pengarah Syamsul Yusof, Ira Kazar iaitu Yasmin Kaza didakwa menyindir Puteri Sarah dan keluarga Datuk Yusof Haslam.
Menerusi satu ciapan, kakak Ira itu didakwa mempersoalkan tindakan Puteri Sarah yang kerap memuatnaik hantaran di Instagram.
“Rosaklah perempuan perempuan yang suka ‘viral’ sana sini acah acah tersakiti dicurangi. Semua nak kongsi pada masyarakat lepas tu lalu di Timeline aku. Bodoh menyampah aku tengok. Engkau orang tak ada Tuhan ke?” ciapnya.
Selain itu, wanita itu turut menyifatkan tindakan Puteri Sarah adalah lucu.
“‘Kinda funny’ bila kau tak suka ‘fake account’ ganggu tapi tak sekat. ‘Kinda hilarious’ bila kau siap ‘pinned’ fitnah dari ‘fake account’. ‘You are damn funny, girl’. Oh and fake too,” tulisnya.
Tindakan kakak Ira itu mula mendapat perhatian dan mula diperkatakan dalam kalangan warganet menerusi komen yang ditinggalkan di Instagram Puteri Sarah.
“Tengok IG akak dia Yasmin Kaza, ‘if not mistaken’ asyik nak menangkan adik dia ja. Pelik kalau aku jadi kakak, adik buat perangai memang takkan mengaku adik buang jauh-jauh terus,” komen seorang pengguna.
Sumber : HM