Nak viral… m4ki sampai jatuhkan maru4h orang….” – Giliran AC Mizal sekolahkan penerbit siap bgi cadangan tajuk rancangan.
Nak viral… m4ki sampai jatuhkan maru4h orang….” – Giliran AC Mizal sekolahkan penerbit siap bgi cadangan tajuk rancangan.
Menerusi hantaran dibuat di laman Facebook miliknya, selebriti berusia 51 tahun itu mempersoalkan kredibiliti pihak penerbit program sama ada memikirkan perasaan seseorang atau tidak walaupun niat mereka hanya sekadar naikkan ‘rating’.
Isu ini dibangkitkan apabila ia semakin parah di kalangan pihak penerbit sesuatu program dengan menggunakan konsep ‘gurauan tanpa sepadan’ bagi membangkitkan kemarahan ramai.
“Memang sekarang wajib jatuhkan maruah orang di kaca televisyen ke? Tak ada fikir perasaan orang ke?
“Adakah anda terlalu sempurna”soalnya.
AC Mizal yang juga pemilik stesen televisyen SUKE TV ‘mencadangkan’ idea untuk membuat rancangan ‘AYUH MAKI ORANG’ sekiranya mereka mahu merendahkan martabat seseorang menerusi sesuatu program yang ditayangkan kepada orang ramai.
“Jangan bagi alasan dah tanggungjawab kena komen! Nak viral sampai jatuhkan maruah orang, baik buat rancangan AYUH MAKI ORANG!
“Bergurau dan maki orang lain di depan orang ramai ada tahapnya,”katanya.
Mendidikan bukan dengan cara mengherdik!
Selebriti kelahiran Muar, Johor itu berkata, sekiranya program itu dibuat bagi mengajar seseorang supaya menjadi lebih baik, herdikkan bukanlah langkah bijak lebih-lebih ia dipertontonkan oleh ramai orang di seluruh Malaysia.
“Setiap usaha harus dihargai. Kelemahan bagi kamu mungkin adalah kekuatan bagi mereka. Mendidik bukan mengherdik!
“Saya dah 33 tahun dalam industri dan saya benci orang yang menjatuhkan maruah orang hanya untuk hiburan!
“Mengajar lebih baik dari menunjukkan pandai. Tiada sesiapa di dunia ini sempurna,”tulisnya.
Dalam pada itu, AC Mizal meluahkan kesyukuran dan bernasib baik dirinya tidak menjadi mangsa kritikan yang mampu merobek hati seterusnya memberanikan diri berdepan dengan khalayak ramai.
Sumber: Facebook Dato Ac Mizal Dac
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.