Tindakan Mas Idayu Selepas Persembahan Naim Daniel Dan Sissy Iman Iman Undang Kec4man Netizen
PENYANYI Mas Idayu enggan memberi sebarang komen selepas pasangan duo, Sissy Imann dan Naim Daniel selesai mengadakan persembahan di minggu ketujuh program Famili Duo.
Pasangan dua sepupu itu hanya mendapat reaksi daripada juri tetap, Ajai yang memuji persembahan mereka yang berjaya menjiwai watak menerusi lagu Pening nyanyian asal Datuk M. Daud Kilau dan Ezlynn.
Manakala Mas Idayu pula dilihat sibuk menulis sesuatu di atas kertas di mejanya tanpa memandang wajah Sissy dan Naim di atas pentas.
Meskipun hos, Sean Lee meminta penyanyi dangdut itu mengulas mengenai persembahan mereka, namun Mas Idayu tidak menghiraukannya.
Isu membabitkan Mas Idayu dan Sissy Imann serta Naim Daniel nampaknya masih berlarutan.
Terdahulu, Mas Idayu dilihat seakan-akan merajuk apabila enggan memberi sebarang komen pada persembahan pembukaan daripada Siti Saerah dan Siti Saida.
Bagaimanapun, selepas giliran Ayda Jebat dan Fyna Jebat mengadakan persembahan, penyanyi lagu Cintaku 100% itu kembali membuka mulut selepas dipujuk dua beradik berkenaan.
Mas Idayu dalam komennya turut memberitahu dia sebenarnya tidak kisah atau takut dicerca mahu pun dihina sebaliknya bimbang apabila tidak mahu lagi memberi sebarang teguran.
“Mummy sebenarnya tak kisah, tak takut dicerca dan dihina oleh orang luar. Tak kisah sama sekali! Apa yang Mummy takut, Mummy hina dan cerca orang.
“Mummy juga tak takut untuk marah, menegur, membentak awak di atas pentas itu. Yang Mummy takut ialah bila Mummy tidak lagi mahu menegur,” katanya.
Dalam pada itu, Siti Saerah dan Siti Saida, Sabhi Saddi dan FareedPF K-Clique, serta Ara Johari dan Syafiq Erwin terpaksa berlapang dada apabila tidak berjaya mara ke minggu kelapan yang berlangsung pada malam Ahad.
Manakala empat lagi pasangan iaitu Ayda Jebat dan Fyna Jebat, Zaki Yamani dan Yamani Abdillah, Sissy Imann dan Naim Daniel serta Bella Astilah dan Wani Kayrie mara ke minggu seterusnya sekali gus merebut hadiah wang tunai RM100,00.
Program itu disiarkan secara langsung di Studio 2, Sri Pentas Plaza Alam Sentral, Shah Alam dan turut disiarkan menerusi TV3 pada setiap malam Ahad pukul 9 malam.
Famili Duo dihoskan Sean Lee bersama Janna Nick selain turut menampilkan Mas Idayu dan Ajai sebagai juri tetap.
Video berada di bawah sekali
Antara komen netizen,
Sissy tunjuk skill main piano malam ni. Saja kot nak tayang kat mummy monster tu, “ko ade?”
Konon nya dia hebat….bila rasa diri tu bagus mula lah ada nya sombong … Tak rasa bersyukur apa yg ada…itu pasal pandang orng ke bawah dia diatas….
Kalau betul pro..x kan mcm tu peel akak oooiii…….law dh tau x suka jgn ada dpn dorg mnta MC kat bos…..dorg lagi berfikiran terbuka dri akak lah kak…..
Tak professional…. Gaya mcm hebat…. Baik bungkus je juri mcm ni.
Video,
Sumber Mstar/Olahan RJ
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri