“Jika sah bercerai.. kamu mengalah … Syamsul akan jadi milik Ira Kazar sepenuhnya..? ” Tak sangka ini Jawapan padu Puteri Sarah…

Pelakon Puteri Sarah Liyana Megat, 38, menolak dakwaan tindakannya memfailkan cerai bermakna telah membenarkan Ira Kazar memiliki sepenuhnya suaminya Syamsul Yusof.
Malah Puteri Sarah menegaskan keputusan diambil selepas menilai ia jalan terbaik buat dirinya.

“Saya tak fikir begitu, saya fikir saya sudah lakukan yang terbaik dan saya rasa inilah jalan yang terbaik untuk saya,” jawabnya.
Ibu kepada dua orang anak itu menjawab soalan media selepas selepas memfailkan cerai terhadap suaminya Syamsul Yusof di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada Isnin.

Apabila ditanya adakah dia masih sayang suami yang dikahwininya sembilan tahun lalu, Puteri Sarah tak mampu menjawabnya.
“Boleh tak kalau saya tak nak jawab tu,” responnya.

Malah Puteri Sarah reda jika terpaksa menjalani proses yang sangat panjang untuk kes perceraiannya nanti.

“Saya tahu akan menjalani proses yang sangat panjang tapi saya dah reda dengan yang terjadi.
“Yang penting saya dah mulakan langkah pertama dengan failkan dahulu. Apa yang mendatang saya terima,” kongsinya lagi.

Tarikh sebutan kes permohonan cerai bakal berlangsung pada 7 Mac depan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Konflik rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenainya.

Susulan pengakuan Syamsul, topik berkaitan kemelut rumah tangganya dan kehadiran Ira Kazar sebagai isteri kedua hangat diperkatakan sehingga ‘trending’ dalam media sosial.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.