“Saya mengalah… Shuk dah Cuba jadi terbaik..Dia Kacau sampai bercerai.. ” Baru sahaja tunai umrah bersama… Tak sangka.. Sera Akhirnya dedah bercerai..
“Saya mengalah… Shuk dah Cuba jadi terbaik..Dia Kacau sampai bercerai.. ” Baru sahaja tunai umrah bersama… Tak sangka.. Sera Akhirnya dedah bercerai..
NAMPAK gayanya kemelut rumah tangga pengacara Shuk Sahar dan isteri Rossa Sera masih belum ada titik noktah meskipun baru-baru ini mengerjakan ibadah umrah bersama-sama di Makkah.
Ramai menyangka hubungan pasangan berkenaan sudah kembali jernih malah ramai menitipkan doa agar mereka kembali bahagia dan melupakan episod hitam yang berlaku dalam rumah tangga mereka.
Bagaimanapun Sera atau Rossalennag Natassyiah Asshaferah memberi bayangan ikatan perkahwinannya dengan Shuk sudah berakhir dengan penceraian menerusi perkongsian di Instagram miliknya pada Isnin.
Sera turut meluahkan rasa bengang terhadap seorang wanita dipercayai Fara Salleh yang sebelum ini pernah dikaitkan sebagai kekasih Shuk kerana masih menggangu kebahagiaannya meskipun sudah tidak tinggal sebumbung dengan pengacara berkenaan.
sera 1
Sera turut memuat naik perbualan dengan Shuk.
“Jahatnya manusia macam kau ni. Aku jadi saksi dengan mata kepala sendiri macam mana Shuk terseksa dulu sebab kau. Aku sanggup mengalah demi masa depan dan kesihatan mental kami suami isteri. Kau ugut macam-macam sampai bercerai-berai pun.
“Tetapi kau masih sia-siakan dia. Paling tak boleh blah bila dia tak nak layan, kau mula provoke macam dulu-dulu,” katanya.
Sera turut memuat naik paparan perbualan dipercayai di antara Shuk dengan seorang wanita yang mana pelawak itu menafikan dia mahu kembali rujuk dengan Sera.
Sementara itu, menerusi perkongsian lain, Sera turut memuat naik paparan perbualan dengan Shuk yang cuba memujuknya kembali.
Bagaimanapun Sera memberi jawapan dia sudah tidak mempunyai perasaan terhadap Shuk dan hubungan mereka hanya kekal sebagai kawan.
Antara pendedahan Sera di Instastory.
“Alhamdulillah saya dan Shuk memang sangat baik sebelum kami ke umrah dan dah janji doa yang baik-baik di sana untuk anak-anak. Yang masalah sekarang ialah ‘betina’ itu cakap macam-macam tentang anak aku.
“Berpisah banyak mengajar kami jadi ibu ayah yang baik demi masa depan anak-anak. Hubungan kami sebagai kawan lebih sihat daripada dulu rasa hidup macam neraka.
“Terima kasih untuk empat tahun lepas sebab dah berjuang bersama kami. Kita merancang dan Allah yang menentukan. Walaupaun jalan memisahkan kita tapi mendekatkan dengan Allah,” ujarnya.
Kisah rumah tangga pasangan ini sering menjadi perhatian ramai selepas pelawak tersebut ditangkap curang dengan Fara.
Shuk Pix 1
Shuk dan Sera ketika mengerjakan ibadah umrah.
Apa lebih mengelirukan, meskipun sudah lebih daripada setahun isu rumah tangga mereka diperkatakan namun masih belum ada pengesahan sama ada Shuk dan Sera masih pasangan suami isteri atau sudah berpisah.
Tindakan mereka mengunci mulut membuatkan ramai keliru status sebenar mereka.
Pada November 2021, Sera mendedahkan dia sudah memfailkan cerai terhadap Shuk dan akan menerima keputusan mahkamah selepas mereka pulang mengerjakan ibadah umrah.
Shuk dan Sera berkahwin pada 2015 dan perkahwinan tersebut turut diserikan dengan kehadiran dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 6 dan Nur Assyifatu Aimi, 3.